Wednesday, November 4, 2009

Muhasabah:Dari Mihrab Masjid Seri Ampangan

Oleh: scaniaman901@yahoo.com

Assalamua'laikum

Kuliah yang disampaikan oleh Ust Rosham, dari Pondok Sungai Kob, cukup jelas dan baik kita ikuti bagi memperkemaskan kefahaman dan amalan Feqh kita. Bab terkini ialah Bab Toharoh (bersuci) -Bab Air dengan diberikan contoh2 harian serta dalil2 yang jelas berdasarkan syarah dari Kitab Bulughul Muroamm.

Termasuklah yang dijelaskan, dalil Mazhab Syafie mengharamkan memakan jenis2 ketam yang hidup 2 alam, seperti ketam batu, ketam minyak dan ketam nyior yang kini semakin dimakan dan dipandang tidak kisah oleh umat Islam di Malaysia.

Begitu juga dengan kuliah2 lain di Masjid Seri Ampangan ini Insya Allah sama2 kita melapangkan masa.

Sedikit muhasabah buat kita semua:

Pada pandangan ada, kuliah ilmu Islam bersifat 'talaqi' dan menadah kitab ini cukup penting kerana keberkatannya dan dapat mentahkikkan ilmu yang kita pelajari itu serta kefahaman jelas terhadap pengamalan hukum.

Di kala sekarang ini pelbagai fahaman2 baru yang mendakwa membawa manhaj 'Salafi', Islam Progresif, Wahabi, Fahaman Ibnu Qayyim, Ibnu Taimiyyah, Syiah dan pelabagai lagi kekhilafan mahupun kesesatan lain yang amat2 memerlukan kita mendapatkan ILMU Syariat, Aqidah, Tassawuf Islam dengan khusus dan jelas kefahamnnya. Fahaman-fahaman yang berbeza dengan khilaf yang di bawa oleh 4 imam muktabar lagi musytahid iaitu Imam As Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad Hambal dan Imam Hanafi seperti yang disebut di atas amat mudah 'melekat' dan menarik hati orang-orang berlatar belakangkan sains, kemanusia seperti kita di universiti2, dikalangan ahli akademik dan sebagainya lantaran hujah akal yang kelihatan logik, maka bermulalah usaha-usaha untuk 'mengubah' hukum mahupun amalan2 terdahulu.

Usaha merosakkan umat Islam supaya 'leka' dengan tidak henti-henti mempertikaikan perkara2 Furu'iah sedangkan ulama'2 terdahulu telah memberikan pandangan dan ketetapan seterusnya membiarkan masalah pokok yang merosakkan umat Islam.

Kini juga timbul pula 'ustaz2 muda' yang menggelar diri mereka 'progresif'/ 'kotemporari' yang lancang mengeluarkan hukum dan ijtihad 'tajdid' (kononya) tetapi masih 'berselindung' diibaratkan oleh salah seorang ulama' di Kedah ibarat 'lembu baru hendak tumbuh tanduk..rasa gatal dan gah untuk menyondol apa yang boleh..' Maka ditempelak ulama2' terdahulu dan dengan mudahnya membuat ketetapan hukum2 secara nafsu, logik akal, sambil bersembang2, bergelak ketawa..inikah caranya? Amat bahaya golongan ini berada dalam masyarakat lantaran masyarakat semakin jahil dan mencari "short cut' mudah untuk beramal ibadah!

Padahal kita sendiri tidak hazdam mendalami jaluran adab ulama'2 muktabar dahulu mengarang kitab2, meng 'istimbath' sesuatu hukum dengan penuh tartil, tertib, istiqamah dan bebas dari syubhah seperti di zaman kita ini.

Semoga kita terpelihara daripada kesesatan yang tersembunyai atau nyata..dalam menuju Mardhotillah yang sebenar..Insya Allah.!

Wallahua'alam

Rasulullah SAW pernah bersabda, " Wahai manusia, buatlah amalan setakat yang kamu mampu. Bahawasanya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu berasa jemu dan sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah SWT ialah amalan yang berkekalan (istiqamah) sekalipun sedikit"

(Hadith Riawayat Al-Bukhori)

0 comments:

 
~ ~ Brighter Than Moon ~~ - Template By Blogger Clicks